Selamat hari raya

Assalamualaikum. Selamat Hari Raya semua.

Finally, alhamdulilah sebulan berpuasa akhirnya tiba masa hari kemenangan umat Islam.
Alhamdulilah dapat merasa raya pada tahun ni dengan cukup sempurna. Sudak 16 tahun aku menyambut hari raya dan kali ini tidak berapa masyuk sebab sebab.... *cough* Faham-faham jelah.
Tapi semua dah berubah. Dah tak macam dulu, sambut dengan bunyi mercun yang aku main yang aku bakar, dan sekarang aku yang menyaksikan orang lain yang membakarnya. Sungguh sadis tak dapat membakarnya. Sedih jugak sebab aku hanya main 3 batang bunga api sahaja. Sedih kan? Tapi tak mengapa pagi raya itu sudah membuatkan lebih bahagia dan tersenyum lebar bersama keluarga yang tercinta.

Pada 1 Syawal. Tema pada tahun ini hijau! Yeay hijau. Mesra alam. Sangat mesra sehingga ramai orang yang mengunjungi kampung aku di Melaka itu. Kampung halaman yang penuh dengan kenangan bersama arwah nenek dan atokku. Al-fatihah.

1 Syawal.





2 Syawal.








Selama aku berada di kampung, mengunjungi sanak-saudara yang dekat dan jauh, di sini saya ingin memohon kemaafan kepada semua tak kira bangsa dan agama, dan saya ingin mengucapkan selamat menyambut hari raya. Semoga anda berbahagia.