Setelah sekian lama

Assalamualaikum.
Salam diberi dengan penuh senyuman yang manis dan keikhlasan.
Sebelum itu, sila sediakan tisu di tangan anda.



Tak ada cerita menarik. Cuma ingin kongsikan sesuatu yang baru bersama anda semua. Boleh? Tentunya boleh. Sedih bila kita teringat orang yang tersayang. Sayamg terlampau sayang. Beribu kali sayang. Berjuta kata sayang. Tidak pernah hilang dari hati anda. Tidak kira sesiapa, sayang antara satu sama lain. Sayang tak bermaksud cinta dan cinta tak bermaksud sayang. Lain maksudnya di situ. Di sini aku ingin kongsikan kasih sayang aku kepada kalian. Rintihan seorang anak gadis atau lebih dikenali remaja yang sedang meningkat dewasa yang masih mentah dalam soal duniawi.

Pertama sekali carilah kawan sebaik diri kita, dan sejauh mana dia mengerti kita. Fahami la seseorang dengan mendalam dengan penuh kasih sayang. Sepi. Berfikir sejenak "Di kala aku kesunyian, siapakah yang bersedia untuk mendengar rintihan aku" Dalam hati berkata "Allah sedia mendengar rintihan kita wahai anak-anak Adam" Sesungguhnya air mataku mengalir buat sekali lagi. Lemah jantungku. Dan saat itu juga, aku mengingat mati. Ya Allah, biarlah aku mati dalam keredhaanMu ya Allah. Mata-mata yang sedang memerhati kita, kasih sayang merata dan hati ibarat berat untuk meniggalkan semua kenangan lalu.

Sepi. Diam seribu bahasa. Aku tak mampu nak berkata-kata lagi. Kasih sayang aku kepada Allah, Ibubapa, Saudara mara, Keluarga dan Sahabat-sahabat aku hanya Allah sahaja yang tahu. Bergenang air mata ibu bapa untuk kita semua, bergenang air mata sahabat untuk kita semua tak bermaksud mereka sedih, dan kecewa akan  tetapi disebaliknya mereka mengukirkan senyuman dalam hati dan berasa bangga dengan kita. Aku tabah dengan dugaan, tabah dengan cubaan, tabah dengan segala ujian dariNya. 

Masihkah ada ruang untukku? InsyaAllah tiba saatnya nanti kasih sayang ku kepada kalian akan terbukti. Dan mereka yang aku punya tidak pernah berhenti untuk membuat aku rasa gembira dan bahagia. Terima kasih.

Sekian sahaja. *jangan habiskan tisu dalam kotak tisu*
Assalamualaikum, semoga bertemu di kisah dongeng yang akan datang.

Kadang-kadang kebahagiaan hanya datang sekali sahaja, jadi kita harus menghargainya.
Mimpi yang datang bukan sekadar mimpi tapi suatu saat akan menjadi realiti mungkin bukan pada kita tetapi pada orang lain.