Pembakar semangat.

Assalamualaikum. Salam yang penuh dengan kerinduan.






Dari kecil sampailah sekarang. Aku sudah pun berumur 16 tahun dan hanya setahun lagi akhirlah zaman persekolahan aku. Di sini ingin aku memberi tahu bahawa mencari ilmu biarlah sampai liang lahad. Ilmu akan membawa keberkatan. Aku dididik dengan penuh kasih sayang dan penuh ketegasan. Hidupku sebagai remaja yang kini meningkat sangat lah banyak dugaan dan cabaran. Penuh kesabaran aku melaluinya dengan senyuman yang manis. Ikhlas lah wahai hamba Allah, sesungguhnya Allah akan memberkati hambaNya yang ikhlas dan sabar. Doa yang amat mustajab iaitu doa kedua ibu bapa. Mereka yang sangat kurindui, kusayangi dan tanpa mereka, siapalah aku di dunia yang indah ini. Ciptaan Ibu Bapa dari Yang Maha Berkuasa, Allah tidak kusia-siakan. Aku tidak lupa pada asal usulku. Bak pepatah ayah "Biarlah kita hidup dalam kesederhanaan, yang penting kebahagiaan"

Tak lama lagi aku akan mengakhiri zaman persekolahan dalam masa setahun lebih. Dan selepas itu aku terpaksa berpisah dengan mereka yang tersayang untuk melanjutkan pelajaran. InsyaAllah kalau ada rezeki. Permulaan untuk berdikari, betul kata mereka yang aku harus berdikari. Bukan masa itu sahaja, tapi sekarang. Aku bangun pagi dikejutkan seorang wanita yang penyayang, dan disiapkan makanan untuk ke sekolah. Balik dari sekolah, nenek siapkan semuanya. Aku rasa diriku amat beruntung kerana dikurniakan insan-insan yang amat menyayangi aku. Itu hanya sementara dan zaman masih persekolahan sahaja. Lepas ni semuanya dah bertukar, aku harus berdikari dan berdiri sendiri, bangun pagi sendiri, siapkan sarapan sendiri. Masa tu baru aku terfikir betapa susahnya ibu dan ayah menjaga aku sampai lah sekarang, membesarkan aku dengan penuh kasih sayang. Hanya kesabaran mereka dapat ku merasai. Subhanallah. Terima kasih ya Allah kerana Engkau menghantar dua insan yang amat kucintai, ibu dan ayah. Mereka lah segalanya, mereka lah jantung, mereka lah hati, mereka lah air mata. Tanpa mereka aku tidak mengenali diri aku siapa aku sebenar.

Bagaimanakah aku selepas berpisah dengan mereka, bagaimanakah? Mungkin hanya takdir yang mengetahui semuanya. Kita hanya merancang dan Allah yang menentukan. Aku harap kerinduan aku terhadap ibu bapa dan adikku tidak akan hilang dan tidak akan pudar sama sekali. Tiba saatnya nanti aku akan berdikari dan segalanya akan ku tanggung sendiri.

Sekian sahaja *lap air mata* Assalamualaikum
Terima kasih kerana meluangkan masa bersama saya.